Kredit Foto : Berita Harian |
Tarikh 26 Julai 1992 merupakan tarikh yang menggemparkan penduduk seluruh Malaysia kerana pada hari itu, dikatakan seramai hampir 200 pelajar di sebuah sekolah agama di Klang mendakwa telah melihat 26 objek aneh di langit
Kisah mengenai objek aneh di langit di sebuah sekolah agama
di Klang telah menarik perhatian ramai, terutamanya dalam kalangan masyarakat
tempatan. Menurut laporan, pelajar-pelajar di sekolah tersebut mendakwa melihat
satu objek terang yang tidak dikenali melintasi langit ketika mereka sedang dalam
perjalan pulang ke asrama setelah menghadiri kelas mengulangkaji Pelajaran.
Dikatakan, kemunculan objek di langit itu bermula pada jam
1130 malam dan berlaku selama 4 jam sebelum ianya tamat. Antara objek yang
muncul adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing, batu nisan, janin,
manusia, mayat dibungkus, sebiji mata merah (seperti orang marah), lidah
panjang serta lidah dipotong dan disambung semula, rambut perempuan berlari
yang ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah babi, kala jengking,
dua orang bergaduh kemudian bersalaman serta lelaki berserban sujud ke arah
Kaabah manakala yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.
Turut ditayang peta Malaysia terbalik dengan Singapura
terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor
ikan, peta negara Arab, mayat berkafan, burung, orang berdoa dan tangan ingin
mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.
Pelajar-pelajar yang menyaksikan kejadian ini melaporkan
bahawa objek itu bersinar terang dan kelihatan bergerak dengan kelajuan yang
tidak biasa. Beberapa saksi juga mengatakan bahawa objek itu membuat pergerakan
yang aneh, seperti berpusing-pusing atau berhenti tiba-tiba di udara, sebelum
hilang begitu sahaja.
Kisah ini telah menjadi tular pada ketika itu. Walaupun pada
waktu tiada media-media social seperti sekarang namun ianya menjadi melalui
sebaran buah mulut dan juga ‘flyer-flyer’ dengan pelbagai teori timbul tentang
apa sebenarnya objek tersebut. Ada yang percaya ia mungkin UFO atau fenomena
paranormal, sementara yang lain lebih cenderung untuk menganggapnya sebagai
satelit atau objek buatan manusia yang lain.
Sebuah akhbar tempatan yang melaporkan kejadian itu pada 11
oktober 1992 membuatkan ianya menjadi bertambah gempar dan membuatkan seluruh
Malaysia mengetahui kejadian berkenaan. Ia membuatkan ramai yang merasa gerun dan
ada yang mengatakan yang tanda kiamat hampir tiba.
Rentetan daripada peristiwa berkenaan, pada waktu itu dapat
dilihat surau-surau dan masjid-masjid yang sebelum ini kurang jemaahnya menjadi
penuh dan ramai. Juga ramai gadis dan wanita yang sebelumnya tidak bertudung
telah mula memakai tudung dan berpakaian sopan.
Namun terdapat juga golongan-golongan yang mengambil
kesempatan dengan menyebarkan cerita-cerita dakyah kosong, Antaranya dengan
mengatakan banjir besar akan melanda di Klang. Juga terdapat kutipan derma yang
dibuat kononya untuk membina kapal besar bagi membantu masyarakat sekeliling
sekiranya berlaku banjir besar itu.
Walaupun tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai kejadian
ini, kisah objek aneh di langit ini telah menimbulkan rasa ingin tahu dan
perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, terutamanya di kawasan Klang dan
sekitarnya.
Setakat ini, tiada bukti kukuh atau rasmi yang disahkan
berhubung kisah objek aneh di langit di sekolah agama di Klang. Kebanyakan
maklumat yang diperoleh adalah daripada saksi mata yang terdiri daripada
pelajar-pelajar dan mungkin guru-guru di sekolah tersebut. Cerita ini lebih
banyak tersebar melalui perbualan mulut ke mulut dan juga penyebaran melalui ‘flyer-flyer’
yang menceritakan kejadian serta objek-objek yang terbentuk oleh
golongan-golongan yang tidak bermoral.
Sememamngnya pada era tahun itu, memang terkenal dengan flyer-flyer
dengan dakyah kalau anda membaca dan tidak memfotokopi serta tidak menyebarkan
cerita di dalam flyer/risalah tersebut maka sesuatu yang buruk akan berlaku pada anda pada masa
hadapan. Lebih buruk lagi sesuatu buruk akan berlaku pada ahli keluarga anda
Pelik kan 😊
Tidak ada gambar atau video yang jelas dan boleh dipercayai
yang muncul untuk menyokong dakwaan ini. Juga, tiada laporan dari pihak
berkuasa seperti Jabatan Meteorologi Malaysia atau mana-mana agensi berkaitan
mengenai fenomena luar biasa yang mungkin boleh menjelaskan kejadian tersebut.
Kerana kekurangan bukti fizikal atau rekod rasmi, cerita ini
masih dalam lingkungan spekulasi dan laporan tidak rasmi. Fenomena sebegini
sering kali sukar untuk dibuktikan secara saintifik, terutamanya jika tiada
bukti nyata yang dikemukakan.
Pada tahun yang sama, akhbar berita minggu menyiarkan satu
laporan berita bertajuk `Objek di langit hanya khayalan. Laporan berita itu
antara lain menyebut Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan objek di langit
itu hanyalah khayalan kumpulan pelajar sekolah agama terbabit hasil pendewaan
mereka terhadap guru yang dipercayai menyebar ajaran sesat.
Siasatan JPM menunjukkan bahawa pemikiran pelajar itu
dipengaruhi menerusi pendekatan pendewaan supaya apa saja yang diperkatakan
guru itu dianggap benar. Pihak berkuasa juga turut mengesahkan guru itu
terbabit dengan sebuah kumpulan agama yang mengutip derma untuk membina kapal
sebagai persediaan menghadapi kiamat.
Kisah pelik ini memang menggemparkan negara pada ketika itu. Walaupun pihak berkuasa telah megatakan peristiwa ini hanya rekaan yang dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab namun sehingga kini masih ada yang masih percaya bahawa ianya objek-objek yang terbentuk di langit.
0 Ulasan