Subscribe Us

Header Ads

Kisah Seram Terowong Lama Inunaki, Jepun

     

Terowong berhantu ini terletak di Kepulauan Kyushu, Fukuoka, Jepun dan juga dikenali juga sebagai ''Old Chusetsu Tunnel' ataupun 'Old Inunaki Tunnel'. Nama asal terowong ini ialah 'Inukane Pass Tunnel'. Terowong ini amat popular di Jepun dan menjadi bual cerita atas kisah banyak seram yang dialami oleh pengguna jalan raya yang melalui terowong ini.

Terowong ini hanya panjang kurang dari 100meter. Ianya siap dibina selepas perang dunia ke-dua dan dipercayai buruh binaannya terdiri daripada tahanan-tahanan perang. Ia dinamakan old tunnel kerana selepas itu terdapat pembinaan tunnel baru di kawasan ini yang lebih panjang daripada old tunnel.


Cuma di old tunnel ini lebih bayak kisah misteri yang terjadi diceritakan. Berhampiran dengan terowong old tunnel ini juga terdapat empangan dan juga dikatakan dahulu terdapat perkampungan 'Inunaki Village'

Daripada terowong, empangan dan juga perkampungan, kesemua tempat ini dikatakan berhantu dan mempunyai pelbagai kisah misteri pembunuhan samaada ianya cerita betul, cerita ditokok tambah ataupun cerita mitos. 

Dikatakan semasa permulaan untuk pembinaan empangan ini, kontraktor yang menjalankan pembinaan empangan ini telah cuba mengusir satu keluarga yang tidak mahu meninggalkan kediaman mereka. Kontraktor berkenaan seterusnya membiarkan keluarga itu di situ dan ketika melepaskan air, keluarga ini telah dibiarkan mati lemas di kawasan empangan berkenaan. Akibat daripada peristiwa itu dikatakan keluarga yang mati lemas ini telah menghantui sesiapa sahaja yang berada di kawasan berkenaan.

Empangan Inunaki 

Untuk perkampungan Inunaki pula, nama Inunaki bermaksud 'anjing menangis/menyalak' di mana asal nama kampung ini daripada sebuah keluarga yang membela seekor anjing. Pada satu hari anjing itu tidak berhenti menyalak dan rungsing dengan situasi berkenaan, tuan anjing telah membunuh anjing tersebut. Apa yang tuan anjing tidak ketahui, sebenarnyanya anjing itu ingin memberitahu tuan serta ahli keluarganya mengenai suatu 'semangat' jahat yang akan datang. Akibatnya tuan tersebut serta ahli keluarga telah mati dibunuh oleh 'semangat' tersebut.

Pada awal tahun 70an, terdapat pasangan yang hendak pergi ke Hisayama dan untuk ke sana mereka perlu melalui jalan di lereng gunung Inunaki. Semasa mereka hendak melalui pintu masuk terowong ini, secara tiba-tiba kereta mereka berhenti dan hilang 'power'. Mereka kemudian keluar untuk mencari bantuan dengan berjalan keluar ke hutan berhampiran dengan harapan akan terjumpa orang yang akan membantu mereka. Semakin mereka berjalan, semakin sukar keadaan hutannya dan mereka juga terjumpa 'sign board' dalam tulisan tangan yang bertulis 'Perlembagaan Jepun tidak lagi di gunapakai selepas sempadan ini'. Walaupun ragu-ragu dengan sign board berkenaan, mereka meneruskan berjalan kaki di dalam hutan ini untuk mencari pertolongan.

Mereka akhirnya sampai ke satu perkampungan namun perkampungan ini nampak yang telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni. Hampir keseluruhan rumah di kampung itu telah rapuh dan lusuh sebab lama dibiarkan tanpa berpenghuni. Dengan perasaan kecewa, mereka kemudian mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kenderaan mereka namun tiba-tiba mereka telah disapa dari jarak jauh oleh seorang penghuni di kawasan berkenaan. Penghuni itu kemudian telah menjerit mengucapkan kepada mereka 'Selamat Datang Ke Perkampungan Inunaki'. 

Terkejut dengan pertemuan itu, dengan tidak semena-mena, penghuni berkenaan tiba-tiba sudah berada di hadapan mereka. Penghuni itu kemudian berkata "Kami suka melihat pelawat datang ke kampung kami tapi kami benci bila mereka meninggalkan kampung kami". Penghuni itu kemudiannya melibas leher pasangan lelaki  dengan sabit yang berada ditangannya dan darah keluar membuak-buak membunuh pasangan lelaki tersebut. Takut dan terkejut dengan apa yang terjadi, pasangan perempuan itu kemudian berlari untuk menyelamatkan diri namun tidak sempat kerana penghuni berkenaan berjaya menangkapnya dan seterusnya membunuh pasangan perempuan tadi dengan ngeri.

Bagi kisah di terowong pula, terdapat kisah satu pembunuhan yang berlaku pada tahun 1988 di dalam terowong berkenaan. Pada hari kejadian, Koichi Umeyama seorang pekerja kilang dalam perjalanan memandu pulang ke rumahnya. Dia kemudian  ditahan oleh sekumpulan remaja yang bertujuan untuk merompak keretanya. Dia kemudian cuba mempertahankan diri namun dia telah dipukul dengan teruk,  dicederakan dan remaja berkenaan memukulnya sehinggalah mereka tidak perasan yang Koichi sudah tidak bernyawa lagi. Panik dengan apa yang berlaku kumpulan remaja tadi kemudian membakar mayat mangsa di dalam terowong berkenaan dengan harapan bukti dapat dihilangkan.

Hasil siasatan polis mendapati kes berkenaan merupakan kes bunuh dan seterusnya dapat menangkap kumpulan remaja berkenaan. Mereka kemudian dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Jepun. Kisah pembunuhan ini mengejutkan seluruh negara Jepun dan menjadi buah mulut serta tajuk utama dalam berita ketika itu. Ini kerana pembunuhannya yang ngeri serta dilakukan oleh sekumpulan remaja.

Sebelum pintu masuk terowong Inunaki ini, terdapat satu pondok telefon yang mana setiap 2 pagi ianya akan berdering. Dikatakan jika anda menjawab telefon itu, maka anda akan terdengan suara wanita meminta tolong kerana telah dibunuh. Ada mitos juga menceritakan jika anda menjawab panggilan itu, anda akan mati lemas di dalam pondok telefon itu.Tak pasti pula samada mati disebabkan oleh air yang banyak tiba-tiba ada dalam tu ataupun lemas sebab tiada udara di dalam pondok berkenaan..

Pondok Telefon Inunaki

Kisah mengenai Inunaki sangat terkenal di negara Jepun sehingga telah terhasil satu filem 'Howling Village' pada tahun 2019 berkenaan kawasan ini. Bagi anda peminat cerita seram jangan lupa untuk menonton filem ini. Bukan setakat filem sahaja, satu permainan video juga telah dihasilkan berkenaan dengan Inunaki Tunnel ini. Anda sudah pasti boleh mengagak apa misi anda di dalam game ini :)


Holing Village Movie (2019)

Kini terowong old Inunaki ini telah ditutup dengan batu untuk mengelakkan daripada orang ramai terutamanya pemburu-buru cerita mistik dari berkunjung ke sana. Walaupun terowongnya telah ditutup tetapi masih ramai lagi yang datang singgah untuk melihat tempat ini

Terowong kini hanya boleh dilihat dari luar sahaja


Catat Ulasan

0 Ulasan