Old Liu Family Mansion yang biasanya dikenali sebagai Rumah Hantu Minxiong, adalah salah satu lokasi berhantu yang paling terkenal di Taiwan. Ia terletak di kawasan luar bandar berhampiran Chiayi, sebuah kota sementara di barat daya negara ini. Dibina dengan tiga tingkat, ia pernah menjadi tempat tinggal yang indah tetapi, pada suatu ketika pada tahun 1950-an, keluarga Lui telah berpindah dan meninggalkan rumah itu untuk selamanya.
Terdapat pelbagai teori mengapa mereka meninggalkan rumah mereka yang dulu indah dan kebanyakannya dikaitkan dengan hantu. Kisah paling popular melibatkan pembantu rumah dan hubungan sulitnya dengan tuan rumah, Liu Rong-yu, seorang saudagar dan pemilik tanah yang makmur. Rasa malu setelah 'kantoi', pembantu rumah tersebut dikatakan telah membunuh diri dengan melompat ke dalam perigi . Oleh yang demikian, dikatakan roh semangatnya kembali menghantui keluarga Lui setiap malam. Akhirnya, mereka tidak dapat bertahan lagi kerana asyik diganggu setiap hari dan meninggalkan rumah nenek moyang mereka.
Ada cerita-cerita yang mengatakan bahawa isterinya yang tahu mengenai hubungan 'haram' itu dan seterusnya menyiksa hidup pembantu rumah itu sehingga menderita. Ia membuatkan pembantu rumah itu menjadi terlampau 'stress' dan mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun ke dalam perigi.
Dari sisi cerita lain yang popular pula, rumah ini merupakan kubu oleh Tentera Jepun Imperial semasa perang dunia kedua. Dikatakan pada suatu malam yang diterangi cahaya bulan yang penuh, seorang askar yang berjaga dan mengawal rumah berkenaan ternampak satu lembaga yang nak menyusup ke kawasan berkenaan. Askar itu seterusnya melepaskan tembakan pada lembaga berkenaan dan seterusnya ia mengejutkan askar-askar lain yang sedang tidur di dalam rumah tersebut. Terkejut dengan bunyi tembakan tersebut, askar-askar tadi terus melepaskan tembakan dan akhirnya semua didapati mati pada siang hari kerana tertembak sesama sendiri.
Ada juga kisah yang menceritakan rumah ini pernah diduduki oleh tentera Taiwan. Namun pada suatu ketika beberapa tentera Taiwan telah jatuh sakit dan penyakitnya merebak kepada anggota lain. Akibat penyakit tersebut, semua mereka telah mati disebabkan oleh penyakit berkenaan.
Kebanyakan masyarakat Taiwan percaya rumah ini memang diduduki oleh Keluarga Liu yang mana keluarga ini merupakan antara keluarga kaya pada ketika itu. Keputusan sebenar keluarga ini berpindah dan membiarkan sahaja rumah itu terbiar begitu sahaja hanya diketahui oleh mereka. Tentu ada sebab tertentu yang masih lagi misteri sehingga kini
Dari segi sejarah, rumah ini dibina pada tahun 1929. Kebanyakan dinding dibina dengan struktur bata merah dan jika anda lihat pada gambar di atas, struktur dinding rumah telah diliputi oleh tumbuhan melingkar dan ia menambahkan lagi seram jika anda mengunjungi rumah ini.
Kedudukan rumah besar itu juga menarik. Selain mengarah ke selatan, ia dikelilingi oleh tanah pertanian yang rata tetapi jika anda melihat rumah ini dari jauh, anda tidak akan melihat apa-apa kecuali bahagian kecil dari dinding sempadan. Tempat penginapan ini benar-benar dikelilingi oleh hutan tropika dan anda mula perasan kewujudan rumah itu apibila sudah sampai begitu hampir ke rumah berkenaan.
Tanah untuk rumah ini pada waktu sekarang dimiliki oleh seorang individu dan pemilik sekarang tidak keberatan dengan orang yang datang melawat ke rumah berkenaan. Disebabkan tempat ini selalu dikunjungi orang setiap hari atas cerita mistik & seram, maka terdapat kafe bertema hantu di sebelah sekiranya anda memerlukan sedikit minuman yang menyeramkan!
Akhir kata, sekiranya anda mengunjungi Old Liu Family Mansion di Minxiong, jangan terlalu dekat dengan perigi di mana pembantu rumah itu bunuh diri kerana menurut mitos, anda yang pergi ke perigi itu akan menerima nasib buruk dan anda takkan sempat meraikan hari jadi anda pada tahun depan 😌
0 Ulasan