Subscribe Us

Header Ads

Kisah Yusra Mardini, Perenang Olimpik Yang Menjadi Inspirasi Dan Mendapat Perhatian Dunia

    

    Yusra Mardini merupakan nama yang tidak asing lagi bagi atlet-atlet renang olimpik di dunia. Beliau tidak pernah menang pingat olimpik tetapi kisah beliau menjadi inspirasi di seluruh dunia. Beliau dilahirkan di Darayya iaitu satu kawasan di kota Damascus, Syria. Umum mengetahui Syria merupakan antara negara yang cantik untuk dilawati sebelum ini dengan tempat-tempat serta bangunan & monumen yang indah juga iklim mediterranean yang nyaman.

    Tetapi semua itu musnah angkara perang saudara atau 'civil war' yang berlaku di negara itu. Apabila rejim-rejim ini berperang untuk menampuk kuasa, maka yang menjadi sengsara adalah rakyat jelatanya. Ini menjadikan ramai rakyat Syria telah melarikan diri ke luar negara dan sekaligus mendapat status 'perlarian'. Perkara ini juga terjadi kepada Yusra Mardini yang telah juga melarikan diri ke luar negara untuk menyelamatkan hidup dan nyawanya.

    Perang Saudara di Syria ini bermula pada awal tahun 2011. Pada mulanya, Yusra Mardini juga merupakan seorang perenang yang mewakili negara Syria. Pada tahun 2012, beliau telah mewakili Syria bagi acara renang di Kejohanan FINA World Championship. Beliau telah mengambil bahagian bagi acara 200 meter & 400meter berenang gaya bebas dan juga 200 meter medley. Pada ketika itu, Yusra Mardini telah dilatih dan dibiayai di bawah 'Syria Olympic Committee' iaitu satu NGO di Syria yang bertanggungjawab membawa atlet Syria bertanding di luar negara dalam bidang sukan pada ketika negara itu bergolak dalam kancah peperangan. 

    Namun pada tahun 2015, perang ini telah menyebabkan rumah Yusra Mardini telah hancur. Atas sebab keadaan negaranya yang semakin meruncing dan tidak selamat, beliau kemudian bersama kakaknya Sara telah mengambil keputusan untuk melarikan diri ke luar negara. Pada bulan Ogos 2015, mereka mulakan perjalanan dengan pergi ke Lebanon dan seterusnya ke Turki. Kemudian semasa di Turki, mereka seterusnya bergerak secara menyeludup masuk ke Greece dengan menaiki bot kecil. 


    Bot kecil ini pada umumnya hanya boleh memuatkan hanya 6 ke 7 orang sahaja tetapi tekong pada masa itu telah  menyumbat sekali 18 orang dalam bot kecil itu. Jarak dari daratan Turki hingga ke daratan Greece tidaklah jauh, hanya berjarak 10km dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk bot itu sampai merentasi Laut Aegean. 

    Namun enjin motor bot itu telah mati di pertengahan jalan. Lantas kakaknya Sara melompat keluar dari bot dan Yusra beserta dua orang lelaki di dalam bot turut terjun keluar dari bot kecil itu. Keempat-empat mereka kemudian memegang bot pada sisi masing-masing dan kemudian berenang menolak & membawa bot ke arah yang dituju. Setelah lebih kurang 3 jam berenang, motor enjin berjaya dihidupkan semula dan sampailah kesemua pelarian tadi ke Lesbos, Greece. Kemudian mereka semua bergerak ke Berlin, Jerman samaada dengan berjalan kaki atau menaiki bas hasil bantuan 'smugglers'.

    Pada bulan September 2015, akhirnya mereka tiba di Berlin. Beliau bersama kakaknya kemudian telah menetap dan membina kehidupan di Berlin. Atas sebab semangat sukan renang yang dimilikinya, Yusra kemudian mendapat latihan di negara Jerman bersama kelab Wasserfreunde Spandau 04 dan dilatih oleh jurulatihnya Sven Spannenkreb.

    Pada tahun 2016, International Olympic Committee telah sepakat suara menubuhkan satu pertubuhan atau organisasi iaitu "Refugee Olympic Team' yang mana ahlinya terdiri daripada perlarian-perlarian dari seluruh dunia yang layak bertanding dalam olimpik. Pada Olimpik Rio 2016, seramai 10 atlet yang mewakili di bawah bendera 'Refugee Olimpik Team' ini. Di perbarisan olimpik, team ini diberi penghargaan di mana ia akan menjadi team kedua di perbarisan selepas dari team dari negara Greece.

    Refugee Olympic Team ini menggunakan bendera logo olimpik semasa perbarisan. Yusra merupakan salah seorang atlet olimpik yang bertanding di bawah bendera ini. Walaupun Refugee Olympic Team ini, tidak memenangi sebarang pingat, namun kesemua atletnya layak ke Olimpik mengikut masa & kelayakan yang sebenar untuk seseorang tu layak bertanding. Namun kesemua atlet refugee ini cuma tiada negara untuk mereka wakili atas sebab mereka adalah pelarian.

    Di Rio Olimpik 2016, Yusra Mardini telah bertanding bagi acara 100meter gaya bebas dan juga 100meter gaya kupu-kupu. Beliau tidak layak ke pusingan separuh akhir bagi kedua-kedua acara itu. Pada Olimpik 2016 ini, umur beliau baru sahaja mencecah 18 tahun.

    Selepas Olimpik 2016, beliau telah mengarang dan menghasilkan buku yang bertajuk 'Butterfly' mengisahkan tentang perjalanan hidup beliau. Buku ini telah menjadi antara 'best selling' di serata dunia. Lantaran itu, kisah mengenai beliau juga dalam proses untuk dijadikan filem.

    Pada Olimpik 2020 di Tokyo, Yusra Mardini juga turut bertanding dalam acara renang 100meter gaya kupu-kupu. Walaupun terkandas di peringkat saringan namun beliau menduduki kedudukan ke 33 daripada kesemua peserta yang bertanding bagi acara itu. Yang membanggakan lagi, pada olimpik di Tokyo ini, beliau telah diberi penghormatan untuk membawa bendera Refugee Olympic Team semasa acara pembarisan atlet.

Beliau kini menjadi antara duta mewakili UNHCR dan juga antara atlet yang menjadi model untuk barangan sukan Under Armour. 


Semoga kisah Yusra Mardini menjadi inspirasi kepada semua orang. Walaupun dengan keadaan tekanan perang serta menjadi pelarian, cita-cita beliau untuk menjadi atlet perenang olimpik tercapai dan berjaya dalam kehidupan yang dilaluinya.

Catat Ulasan

0 Ulasan