Subscribe Us

Header Ads

Kisah 'Charlie No Face' Atau 'The Green Man'

Kisah ini berlaku di Pennsylvina Barat, Amerika Syarikat di mana seorang pemuda di beri gelaran Charlie No Face dan juga 'The Green Man". Kisah pemuda ini dijadikan sebagai kisah legenda bagi penduduk di kawasan ini. Daripada nama gelaran yang diberikan itu , kita sudah mengetahui sesuatu yang menakutkan pada wajah pemuda ini. Apa-apapun ianya bukan kehendak pemuda ini atas kejadian yang menimpa dan mencacatkan wajah pemuda ini. Oleh kerana itu, beliau takut untuk berdepan dengan masyarakat dan hanya keluar pada waktu malam sahaja untuk berjalan-jalan kerana takut orang terkejut apabila melihat wajahnya.

Nama asal bagi 'Charlie No Face' atau 'The Green Man' ini ialah Raymond Robinson atau nama panggilan oleh keluarganya iaitu Ray. Beliau dilahirkan pada tarikh 29 Oktober 1910 di Beaver County, Pennsylvina. Pada mulanya, Ray seperti orang normal yang lain, lahir dan membesar seperti kanak-kanak lain pada zamannya. Namun pada suatu hari, semasa beliau berumur 8 tahun ketika berjalan bersama kakaknya serta kawan-kawannya, mereka terpandang sarang burung di atas sebuah pohon yang terletak bersebelahan jambatan landasan keretapi yang telah usang/tidak digunakan. Walaupun ia tidak digunakan namun masih ada 'wire' elektrik yang masih berfungsi untuk menggerakkan tren sebelum ini(seperti tren komuter di Malaysia). 


Rasa ingin tahu, Ray terus memanjat pokok itu untuk melihat sarang burung itu namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana telah terpegang 'wire' elektrik itu. Nilai Volt pada wire elektrik itu adalah bersamaan 1200V dan seterusnya beliau terkena renjatan elektri yang amat parah. Atas kejadian itu, beliau telah kehilangan hidung, bibir, kedua belah mata dan sebelah tangan juga kudung. Beliau masih dikira bernasib baik kerana setahun sebelum itu, seorang kanak-kanak juga telah menghadapi kemalangan yang sama dan meninggal setelah 2 minggu bertarung nyawa.

Setelah keluar dari hospital. Ray telah menyepikan diri di dalam bilik di rumahnya. Dia lebih suka mengasingkan diri di dalam biliknya dan apa saja aktiviti akan dibuat sendiri tanpa mengharapkan bantuan ahli keluarganya. Masa berlalu dan Ray perlu belajar untuk meneruskan kehidupan. Dia kemudiaannya belajar 'Braille', belajar membuat dompet dan juga alas kaki daripada tayar-tayar lama. 

Sebagai penggemar & peminat sukan baseball yang amat popular ketika dulu, Ray juga mendengar radio setiap hari untuk perlawanan-perlawanan yang berlangsung di corong radio. Sehinggalah Ray mencapai umur dewasa, keluarganya telah membina satu rumah khas di kawasan tanah milik mereka. Pada waktu ketika inilah, Ray terpikir untuk berani keluar semula dari kawasan rumahnya. Tetapi beliau tidak keluar pada waktu siang sebaliknya keluar pada waktu malam.

Kebiasaannya Ray akan keluar pada pukul 10 malam dan pulang sebelum tengah malam. Tapi ada juga hari-hari yang dia akan pulang lewat atas sebab keluar bersama orang yang ingin berkawan dengannya ataupun dengan orang-orang yang 'nakal' atau 'jahat' yang mengenakannya. Kebiasaan orang yang jahat dan nakal yang mengenakaanya merupakan orang luar yang melalui jalan yang selalu Ray lalui setiap malam.

Setiap malam, Ray akan menyelusuri Route 351 dan bagi penduduk setempat, jika mereka yang menemuinya akan 'lepak' dan minum/menghisap rokok bersama Ray. Beliau mengikut penduduk setempat seorang yang peramah dan amat mesra bila bersembang.

Yang menjadi masalahnya bila terdapat orang-orang luar, yang jika terserempak dengan Ray akan mengacaunya. Ada kes di mana beliau diberi air kencing di dalam botol yang pada sangkaan beliau merupakan 'beer'. Terdapat juga kes di mana beliau diajak naik bersama kenderaan dan seterusnya ditinggalkan di kawasan jauh dan sunyi. Mujur ada orang yang kenal beliau dan membawanya pulang.

Kejadian-kejadian ini membuatkan ibunya marah dan tidak mahu Ray keluar lagi kerana tak mahu anaknya disakiti. Namun Ray seperti biasa akan keluar setiap malam untuk mengambil angin 😊. Mungkin ini je la waktu yang beliau dapat keluar berjalan tanpa dipandang orang ramai.

Kerana wajah Ray yang 'menyeramkan' serta beliau seluar keluar menyelusuri route 351 setiap malam, maka orang luar yang melalui jalan ini akan terkejut jika melihat beliau berjalan. Seterusnya menyatakan jalan ini berhantu untuk dilalui. Terdapat kisah-kisah yang diadaadakan di mana sesiapa khususnya remaja yang melalui jalan ini pada pada waktu malam akan ditangkap oleh 'Charlie No Face' dan dikurung di rumah terbiar. Kisah-kisah ini sengaja direka oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Manakala mengikut orang tempatan percaya bahawa Ray adalah seorang yang sangat baik dan mesra bila diajak bersembang.

Terdapat juga kisah-kisah mitos di mana Ray menjadi 'istimewa' seperti itu atas sebab oleh terkena panahan kilat. Ada juga kisah yang beliau dikaitkan terjatuh dalam bahan radioaktif ketika bekerja di kilang yang menyebabkan tubuhnya menjadi hijau dan atas sebab itulah beliau digelar 'The Green Man'

Menjelang umurnya yang semakin tua mencecah 70 tahun, Ray tidak lagi berjalan menyelusuri Route 351 ini. Beliau kemudian telah tinggal di 'Nursing Home'. Kalau di Malaysia ni umpama rumah orang-orang tua. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Jun 1985 iaitu ketika beliau berumur 85 tahun atas sebab sakit tua. 

Kisah beliau menjadi legenda di US terutamanya bagi kawasan Pennsylvina Barat khususnya di Route 351, jalan yang selalu beliau lalui ketika hayatnya. 


Catat Ulasan

0 Ulasan