Subscribe Us

Header Ads

The Super Fight - Muhammad Ali vs Rocky Marciano


Pada tahun 1967, Penerbit Radio Murray Woroner muncul dengan idea bagaimana menyelesaikan setiap hujah serta perkara yang selalunya dibincangkan ketika di pub iaitu mengenai tinju. Masing-masing akan menceritakan tentang kehebatan peninju-peninju yang terkenal pada zaman itu dan juga bekas-bekas juara tinju pada zaman sebelum itu. Memang pada masa itu sukan tinju memang sangat popular di benua Amerika dan Eropah. 

Peminat-peminat tinju ini semasa berada di pub akan menceritakan dan membayangkan siapa akan menang jika jaguh tinju pada zaman itu berjumpa dengan jaguh tinju dengan zaman lampau.

Woroner kemudian mendapat idea untuk menjadikan ‘kejohanan’ ini menjadi kenyataan. Dia mengatakan bahawa dengan memasukkan semua statistik dan perincian setiap pejuang (ketika mereka berada di puncak mereka) ke dalam komputer, ia dapat menentukan siapa yang akan menang, jika mereka pernah bertemu. 

Dia menggunakan Komputer NCR 315 Second Genaration dan komputer canggih pada masa itu dengan memori 12 bit (nilai bit ini tak sampai satu peratus untuk update apps pada masa ini). Komputer ini akan 'mengira' sendiri samaada siapa yang akan menang & berapa pusingan dijalankan sebelum KO berdasarkan data-data yang dimasukkan

Pertarungan ini hanyalah aksi publisiti, tetapi sangat popular pada waktu itu. Kerana setiap pertarungan dilakukan sebagai drama radio di mana ianya seolah-olah pertarungan itu berlangsung secara langsung.


Salah satu drama radio ini yang menjadi perhatian Muhammad Ali pada tahun 1960-an. Pada waktu itu dia tidak dapat dan dibenarkan bertarung tinju kerana beliau telah menolak untuk turut serta berperang dalam Perang Vietnam. Atas sebab itu Ali hampir diisytiharkan muflis, reputasinya adalah satu-satunya asetnya yang masih ada. 

Pada waktu drama radio ini menjadi perhatian, Woroner mendakwa Ali akan kalah di separuh akhir dengan Jim Jeffries (juara tinju tahun 1899-1904), Ali tidak berpuas hati dan mengancam untuk menyamannya. Seantero dunia mengetahui bahawa Muhammad Ali pernah berkata bahawa dia adalah peninju terbaik 'I am The Greatest', dan sudah tentu perkara ini (kalah separuh akhir) tidak disukai Ali.

Walau begitu, Penerbit Radio Murray Woroner berbincang dengan Ali dan menawarkan untuk membayar Ali sebanyak $ 10,000 untuk berlakon dalam versi penggambaran salah satu pergaduhan fantasi radionya iaitu melawan Rocky Marciano yang mana telah bersara 14 tahun sebelumnya. Sudah tentu pada waktu itu, Rocky sudah agak berusia dan mengalami sakit belakang tetapi ia tidak menghalang beliau untuk turut serta dalam penggambaran radio fantasi ini

Ali yang sangat memerlukan wang pada ketika itu bersetuju. Manakala Rocky Marciano yang sudah sudah bersara ketika itu menerima cabaran dalam berlakon dalam radio fantasi ini itu. Kedua-dua jaguh boxing ini tidak pernah bertemu di gelanggang sebelumnya. Kedua-dua jaguh tinju ini semamngnya 'respect' antara mereka. Walaupun di dalam tempoh proses penggambaran dapat melihat mereka berdua seperti bertinju betul-betul tetapi pada hakikatnya masing-masing rapat & suka bergurau antara satu sama lain ketika di luar waktu penggambaran. 

Kedua-dua peninju itu bertanding sekitar 70 hingga 75 pusingan, yang kemudian diedit mengikut  komputer. Malang tidak berbau, Marciano meninggal dunia dalam nahas pesawat hanya selepas tiga minggu penggambaran berakhir.

Rakaman pertarungan itu kemudiannya ditayangkan sekali sahaja di 1000 teater pawagam di Amerika dan 500 pawagam di Kanada, Mexico dan Eropah.  Ianya terus menjadi 'box office' dalam tempoh yang pantas dengan anggaran kutipan sebanyak $ 5 juta yang mana pada waktu itu, kutipan sebanyak itu memang sudah dianggap banyak. Melalui sistem ‘Computer’ canggih yang digunakan Murray  Woroner, computer telah menganggarkan serta menetapkan bahawa Ali telah tumbang pada pusingan ke-13 dan Rocky Marciano dianggap juara dalam kejohanan tinju fantasi itu. 

Walaupun pertarungan ini hanyalah fantasi, pertarungan ini digelar 'The Super Fight' dan dianggap antara pertarungan terhebat pada dekad itu.


Catat Ulasan

0 Ulasan