Subscribe Us

Header Ads

Rawatan Meditasi Kubur Untuk Janda Di China


Terdapat sejenis rawatan pelik oleh masyarakat di Chongqing, China iaitu terapi untuk membuang 'sial'

Terapi ini khusus bagi wanita yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan.

Apa yang dimaksudkan kegagalan dalam perkahwinan ini bukanlah bermakna seseorang itu membawa sial atau malang tetapi disebabkan oleh jodoh dan persefahaman yang tidak lagi wujud di dalam hubungan yang terjalin.

Rawatan yang dikenali sebagai meditasi kubur menjadi salah satu alternatif bagi golongan janda untuk menghalau 'sial' yang dipercayai ada di dalam tubuh mereka. 

Mereka percaya terdapat unsur-unsur mistik ataupun hantu dalam tubuh badan mereka menjadi punca utama keretakan rumah tangga mereka

Dengan kaedah 'Meditasi Kubur' ini, mereka percaya kaedah ini mampu untuk mengusir anasir-anasi jahat ataupun hantu hantu yang menjadi punca keretakan rumah tangga.

Upacara ini memerlukan wanita yang mempunyai 'sial' berkenaan berbaring di dalam lubang kubur yang dikorek. Lubang yang dikorek ini pula tidaklah terlalu dalam ataupun terlau lebar, ianya cukup sekadat memuatkan saiz badan wanita tersebut.


Setelah kubur siap digali, 'pesakit' wanita berkenaan yang menjalani rawatan akan berbaring di dalam lubang kubur yang dilapisi plastik dan perlu untuk menenangkan diri di dalam kubur itu tanpa berkata apa-apa. Mata pula perlu dipejamkan dan kedudukan tangan diletakkan pada paras dada. Kedudukan meditasi itu akan dibiarkan beberapa ketika.

Semasa tempoh meditasi itu, pesakit-pesakit wanita ini perlu melupakan kisah masa lampau meskipun pernah mengalami kekecewaan yang amat menyakitkan. Mereka perlu berpikiran positif dan perlu berfikir bahawa masih banyak perkara yang boleh dan perlu dilakukan bagi memulakan hidup baru.

Kaedah ini dipercayai dapat membantu untuk mengingatkan tentang kehidupan yang singkat di dunia dan menghargai hidup sementara masih bernyawa.

Setelah itu, 'pesakit' wanita yang menjalani terapi pelik ini akan diminta untuk menjerit sekuat hati. Jeritan yang dilepaskan bersama-sama dengan tangisan dapat meluahkan segala bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Terdapat sesi untuk meluahkan perasaan di mana pesakit akan menceritakan masalah dan tekanan yang dihadapi dan ianya turut didengari oleh 'pesakit-pesakit' yang kemudiannya berkongsi kesedihan dan seterusnya memberi kata semangat pada pesakit-pesakit lain

Walaupun rawatan meditasi kubur ini nampak pelik tetapi dari segi psikologi ia sebenarnya memberi semangat baru kepada pesakit berkenaan. Sesi luahan juga dapat membantu bagi meringankan bebas perasaan pesakit tersebut 

Kebanyakan 'pesakit' yang selesai upacara ini akan mendapat semangat baru dalam meneruskan kehidupan seharian mereka.


Rawatan "Meditasi Kubur' ini sebenarnya diasaskan oleh Liu Taijie. Beliau yang pernah bercerai pada seketika dahulu dan ditambah pula dengan kegagalan dalam perniagaan telah berfikir untuk membunuh diri sebagai langkah terakhir dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, beliau dapat mengatasi semua itu dan berjaya bangkit semula. 

Beliau kemudiannya terfikir untuk membantu wanita-wanita yang mengalami nasib sama seperti beliau.
Kini, Liu Taijie mampu berdiri semula dan meninggalkan detik hitam yang pernah berlaku pada masa lampau.

Tiada sebarang bayaran mahupun bentuk kewangan yang diberi untuk pesakit menyertai meditasi ini.
Walaupun tiada sebarang bantuan dalam bentuk kewangan, sokongan emosi akan menyuntik semangat baru terhadap wanita-wanita ini. Pesakit hanya perlu hubungi beliau dan tarikh meditasi akan diberikan. Upacara ini akan diadakan sekali dalam setiap 2-3 bulan

Jika sebelum ini, hanya wanita-wanita yang berstatus janda yang menyertai meditasi ini tetapi kini terdapat juga wanita-wanita bujang yang turut menyertai 'Meditasi Kubur' ini atas sebab masalah-masalah serta tekanan kehidupan yang mereka hadapi.

Walaupun nampak pelik terapi ini, kini ianya semakin popular di negara China dan menjadi antara tempat rujukan bagi wanita-wanita yang mengalami masalah.

Catat Ulasan

0 Ulasan