Subscribe Us

Header Ads

Kisah Dhirubhai Ambani - Tokoh Perniagaan Paling Berjaya di India

 

Dhirubhai Ambani adalah salah satu tokoh perniagaan yang sangat memberi inspirasi kepada Masyarakat di negara India. Kisahnya adalah contoh sempurna tentang bagaimana tekad, kerja keras, dan visi dapat mengubah kehidupan seseorang. Dhirubhai Ambani lahir pada 28 Desember 1932 di Choward, Junagadh District yang pada masa kini dikenali sebagai Gujarat, India.

Dhirubhai berasal dari latar belakang keluarga yang sangat susah. Bapanya iaitu Hirachand Gordhanbhai Ambani adalah seorang guru di kawasan perkampungan manakala ibunya Jamnaben Ambani hanya bekerja kampung. Dalam usia muda, beliau telah berpindah ke Aden, Yaman, untuk mencari pekerjaan. Dengan sedikit modal hasil dari wang gaji yang diterima di Yaman, beliau telah memulakan langkah perniagaan dengan berniaga rempah. Namun, keinginan dan tekadnya untuk lebih berjaya sangat besar.

Pada tahun 1958, Dhirubhai Ambani kembali ke India dan mendirikan Reliance Commercial Corporation, yang kemudian menjadi Reliance Industries Limited. Pada awalnya perniagaan Syarikat ini hanya fokus pada perdagangan tekstil. Beliau kemudian memutuskan untuk masuk ke sektor petrokimia dan minyak, yang mengubah skop perniagaanya. Reliance Industries tumbuh pesat menjadi salah satu perusahaan terbesar di India dalam sektor energi dan petrokimia.

Dhirubhai dikenali sebagai ahli perniagaan yang sangat yang inovatif. Dia menggunakan berbagai strategi dan inovasi dalam perniagaannya, termasuk penggunaan modal dari pasaran saham untuk mendanai pembiyaan perniagaannya. Salah satu point penting dalam perusahaanya yang adalah ketika saham Reliance Industries diperdagangkan di pasar saham India pada tahun 1977. Langkah ini yang menjadikan Syarikat perusahaannya mendapat modal yang yang besar untuk perniagaannya sekaligus mendapat memperluaskan lagi perniagaanya.

Dhirubhai dikenali sebagai individu yang tidak takut mengambil risiko besar dalam perniagaannya. Dia terlibat dalam beberapa transaksi besar yang pada awalnya dianggap berisiko tinggi, tetapi akhirnya membawa keuntungan yang sangat besar kepada perusahaannya.

Antara perwatakan beliau yang paling dikagumi ialah beliau  mendorong semangat berniaga di antara pekerja dan rakan perniagaannya. Dia percaya pada konsep "growth for all" yang berarti pertumbuhan bagi semua orang yang terlibat dalam perniaagan yang dijalankannya. Dan terbukti ramai yang Berjaya hasil daripada dorongan beliau untuk berniaga dan bergerak lebih maju ke depan

Beliau memiliki kemampuan yang luar biasa dalam membangunkan hubungan ‘networking’. Dia mampu mendapatkan kepercayaan penuh para pelabur, kerajaan dan juga rakan perniagannya.

Mereka yang berada di samping Dhirubhai Ambani ataupun yang bekerja di bawah beliau mengakui bahawa Dhirubhai adalah pemimpin yang sangat berkarisma dan juga berwawasan tinggi. Dia dapat memotivasi dan menginspirasi orang untuk bekerja keras dan mencapai tujuan bersama.

Beliau meninggal dunia pada 6 Julai 2002 dan kekayaannya dianggar bernilai USD 25.6 billion. beliau diberi penghormatan secara anumerta dengan Padma Vibhushan, penghormatan awam tertinggi kedua di India atas sumbangannya dalam perdagangan dan perindustrian.

Kisah Dhirubhai Ambani mengajarkan kita bahawa dengan tekad serta kerja keras, visi yang kuat dan keberanian untuk mengambil risiko, kita dapat mencapai kejayaan besar dalam hidup. Kejayaan Dhirubhai tidak hanya mengubah hidupnya sendiri, tetapi juga memberi kesan positif pada kebanyakan orang di sekitarnya dan industri India secara keseluruhan.

Catat Ulasan

0 Ulasan