Subscribe Us

Header Ads

Pemuda Yang Berpuasa Lebih 21 Jam Sehari Di Bulan Ramadan

Pernah tak anda ber berpuasa selama 21 jam lebih sehari? 
Selepas berbuka, anda cuma ada dalam 2-3 jam untuk solat maghrib & isyak seterusnya siap untuk sahur semula.😱


Inilah kisah seorang pemuda muslim yang berada di negara kepulauan terbesar di dunia iaitu negara Greenland. Nama beliau ialah Waseem Azaqeer.

Tidak dipastikan tahun bila Waseem Azaqeer mula berpindah ke Greenland tetapi menurut perangkaan pada tahun 2013 di negara Greenland, hanya ada seorang sahaja muslim yang berada di sana. Beliau merupakan seorang muslim yang berasal dari negara Lebanon.

Beliau mendapat jolokan sebagai Arab Columbus kerana beliau hanya seorang sahaja yang berdarah arab di sana. Beliau kini mempunyai dan mengusahakan restoran yang terletak di ibu negara Greenland iaitu Nuuk. Restoran beliau amat popular di sana dan dikunjungi hampir 200 pelanggan setiap hari. Angka itu dikatakan tinggi kerana populasi di Nuuk, ibu negara hanyalah sekitar 15000 orang sahaja.

Pemandangan Nuuk, Greenland. - Credit Photo Christophe Stramba-Badiali

Sedikit fakta mengenai Greenland jika anda melihat peta dunia, Greenland terletak antara negara paling utara di muka bumi. Ia terletak di antara Lautan Atlantik dan Lautan Artik. Negara ini kesuluruhannya hanya mempunyai populasi kurang daripada 57000 orang sahaja di mana kebanyakan kawasannya dilitupi oleh salji.

Berbalik kepada kisah Waseem Azaqeer, beliau pada mulanya pernah berfikir untuk pulang ke nagara asalnya pada bulan puasa namun menolak untuk pulang kerana dia merasakan tiada orang akan berpuasa dan solat di negara berkenaan jika dia tiada. 

Kini populasi Islam makin bertambah di negara Greenland dan terdapat 2 masjid di negara berkenaan untuk orang muslim di sana melakukan urusan ibadah mereka. Pada tahun 2021 sehingga kini, dikatakan ramai muslim dari Sri Lanka telah berpindah ke Greenland untuk mencari pekerjaan dan seterusnya tinggal di sana. 

Kisah mengenai Waseem Azaqeer ini amat popular bagi negara Islam terutamanya di negara-negara arab. Jadi jika anda rasa nak cuba berpuasa selama 21 jam sehari, anda boleh ke Greenland :)


Catat Ulasan

0 Ulasan