Subscribe Us

Header Ads

'Ghost Town' di Turki


Ghost Town yang dimaksudkan bukanlah bermakna ianya berhantu tetapi ia cuma kawasan bandar yang ada bangunan tetapi tiada berpenghuni. Ianya dinamakan Burj Al-Babas dan terletak di Mudurnu iaitu bahagian 'Northwest' negara Turki. Lebih jelas, ia terletak di antara Istanbul & Ankara. Kawasan penempatan mewah ini terletak dengan pemandangan hijau hutan Turki dan juga berdekatan dengan Black Sea.

Pada permulaannya, projek dianggap akan menarik minat untuk pelabur-pelabur luar dan golongan-golongan yang berduit dari negara Teluk Arab yang selalunya gemar ke Turki untuk menikmati iklim Mediterranean.  Sebuah rumah villa banglo dianggarkan berharga di antara USD 400 ribu hinga ke USD500 ribu. Villa-villa banglo seperti istana ini berkonsepkan Disneyland di mana penduduknya nanti akan merasakan seperti berada di Taman Disney.

Pembinaan projek ini dimulakan pada tahun 2014 oleh usahawan kontraktor terkenal di Turki iaitu Yerdelen Brother melalui syarikatnya Sarot Property Group dengan anggaran keseluruhan projek melibatkan kos sebanyak USD 200juta. Plan awal adalah untuk menyiapkan sebanyak 732 buah villa untuk dijual kepada pelabur-pelabur yang berminat. Pada mulanya sebanyak 350 buah villa telah berjaya dijual kepada pelabur sekitar arab. Namun projek ini tiap kali tergendala atas faktor kecalaruan politik, rampasan kuasa dalam kerajaan dan juga faktor ekonomi yang merundum teruk pada tahun 2018.


Negara Turki juga tidak terkecuali menghadapi masalah ketika kegawatan ekonomi pada tahun 2018 sekaligus telah mempengaruhi perniagaan dan pembinaan projek yang dijalankan oleh Sarot Property Group. Dengan situasi gawat yang berlaku, kebanyakan pelabur-pelabur ini telah menarik kembali pelaburan mereka terhadap projek ini. Ini telah menjadikan kontraktor berkenaan iaitu Yerdelen Brothers telah 'declare' bankrap dan seterusnya menjadikan projek ini terbengkalai.

Projek yang pada awalnya dijangka mengambil masa selama 4 tahun untuk siap sepenuhnya, kini pada tahun 2018 projek ini telah terhenti walaupun telah siap sebahagian projek. Dengan konsep yang nampak seperti rumah Disney, setiap villa-villa ini dirancang untuk siap dengan jacuzzi pada setiap tingkat, 'under-floor heating' dan juga tambahan 'add-on' konsep 'flying buttresses', 'point arches' & 'ribbed vaulting'. 


Malang sekali kerana projek Burj Al-Babas ini memang merupakan antara projek yang akan menaikkan lagi nama Turki yang sememangnya antara negara yang menerima jumlah kunjungan pelancong tertinggi di dunia. Ada ura-ura untuk membaikpulih kawasan ini tetapi ianya terbantut lagi atas sebab faktor pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Kini kawasan ini hanya penempatan yang terbengkalai dan dipanggil sebagai 'Ghost Town'. Diharapkan suatu hari nanti, apabila semua pulih kawasan ini akan dibangunkan semula oleh kerajaan Turki


Catat Ulasan

0 Ulasan