Rachel Gunn merupakan atlet Australia yang mewakili
negeranya dalam acara ‘Breakdance’ di Olimpik 2024 Paris. Acara ini merupakan
pertama kali dipertandingkan di pentas temasya besar ini. Rachel Gunn yang juga
dikenali sebagai B-girl moniker Raygun.
Untuk temasya olimpik ini, Raygun telah ditempatkan di dalam
Kumpulan B di mana antara peserta lain melibatkan peserta dari Lithuana (DominikaBanevic),
Perancis (Sya Dembela) dan Amerika Syarikat (Logan Edra). Acara diadakan secara
Round-Robin yang mana setiap peserta akan berentap dengan lawan masing-masing
dan pemenang kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.
Apa yang menariknya, Raygun semasa dalam pusingan Round
Robin ini walaupun kalah dalam ‘battle’ dengan semua peserta, beliau gagal
mendapat sebarang mata. Ini kerana tarian breakdance yang dibuat beliau tidak
mematuhi rutin-rutin kriteria yang diperlukan. Antara kontroversi rutin tarian yang dilakukan
beliau ialah ‘kangaroo hop’, ‘snake slithering’ dan juga Aussie ‘sprinkler’
move
Seperti yang semua maklum, Australia merupakan antara nama
besar dalam sukan olimpik yang sentiasa mempersembahkan atlit-atlit bertaraf
dunia dan setiap kali temasya olimpik akan menjadi antara negara 5 teratas mendapat
kutipan pingat olimpik tertinggi. Tetapi untuk acara breakdance ini, ianya
menjadi viral di Australia apatah lagi viral ke seluruh pelusuk dunia
disebabkan 0 point atas sebab tarian breakdance yang pelik dipersembahkan
beliau.
Umum mengetahui, untuk mewakili negara dalam sukan olimpik
ianya amat payah di mana setiap atlit harus bertanding di peringkat negara
sendiri dan yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negaranya. Bagi Raygun,
beliau juga melalui proses itu dan beliau memenangi pertandingan ‘breakdance’
di negaranya dan lebih hebat lagi beliau juga memenangi pertanding breakdance
peringkat benua Ocenia. Maka tidak hairanlah beliau dipilih mewakili negaranya
dalam sukan olimpik ini dalam acara breakdance.
Jom kita lihat antara rutin-rutin tarian breakdance yang dibuat oleh beliau pada olimpik Paris 2024 ini yang menjadi viral di seluruh dunia,
@becvilikas its the ending for me #breakdancing #olympics2024 #olympics #australia #raygun ♬ original sound - UnknoWn_
Pasti anda yang melihat juga terkejut dengan persembahan yang dibuat oleh Raygun :). Walaupun begitu, Raygun mempertahankan rutin tarian yang dilakukannya dengan mengatakan ianya adalah seni kreatif yang diilhamkannya.
Raygun kini berusia 36 tahun dan dilahirkan pada 2 September 1987 di Hornsby, New South Wales, Australia. Suami beliau Samuel Free juga merupakan seorang penari ‘breakdance’ otai dan suaminya yang memperkenalkan breakdance kepada Raygun . Suaminya merupakan juralatih Raygun untuk acara olimpik ini.
Walaupun umum melihat Raygun ini seperti bahan jenaka dalam tarian breakdance ini, Raygun ini bukanlah calang-calang orangnya. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang muzik dari University Macquarie dan juga mempunyai PHD dalam ‘cultural studies’ dari university yang sama. Pada ketika ini, beliau merupakan seorang pensyarah di university yang sama di Jabatan Media, Komunikasi, Seni Kreatif, Sastera & Bahasa.
Raygun mula menceburi ‘breakdance’ pada tahun 2010 sebagai hobinya disamping melakukan pekerjaan beliau sebagai seorang pensyarah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga merupakan penari jazz & ballroom. Antara pencapaian terbaik beliau adalah memenangi pertandingan Ocenia Breaking Champianships 2023 bagi kategori solo B-girl. Beliau juga mewakili negaranya dalam pertandingan World Breaking Championships untuk tahun 2021, 2022 dan 2023.
Ekoran daripada persembahannya yang viral ini, beliau kini dikenali bukan saja di Australia malahan di seluruh dunia. Ada cakap-cakap mengatakan beliau akan menjadi bertambah rezeki selepas ini kerana menjadi buruan brand-brand terkenal di seluruh di dunia untuk memasarkan produk mereka. Apa-apa pun semoga yang baik-baik akan beliau dapat dan terima selepas ini :)
0 Ulasan