Subscribe Us

Header Ads

Percuma 100 Pizza Domino's Setahun Selama 100 Tahun

Gilakan? Siapa yang taknak 100 pizza percuma setahun selama 100 tahun. Jika dikira congak ianya bersamaan dengan 10000 pizza. Kalau tak makan pun boleh bagi kat family, jiran-jiran atau kawan-kawan. Tapi itulah yang berlaku di Russia

Syarikat Pizza Domino di Rusia telah membuat tawaran iaitu menjanjikan 100 pizza percuma setiap tahun selama 100 tahun kepada sesiapa sahaja yang mempunyai logo tatu di badan mereka. Tetapi mereka kena ikut syarat yang diberikan.

1) Buat tatu logo dominos Pizza dibahagian tubuh mereka yang boleh dilihat. 


2) Siarkan gambar tatu mereka itu di Instagram, Facebook atau Vkontakte (Facebook versi Rusia) dengan masukkan hashtag #dominosforever

3) Pergi di mana-mana cawangan Dominos di Rusia dan tunjukkan bukti. Jika berjaya, anda akan diberikan sijil dari Dominos di mana anda layak dapat menikmati Pizza Dominos percuma selama 100 tahun


Pada awalnya, promosi ini dirancang bermula pada tarikh 31 Ogos 2018 dan berakhir pada 31 Oktober 2018. Tetapi selepas itu, promosinya terpaksa diberhentikan awal atas sebab sambutan yang sangat luar biasa untuk penduduk negara Russia. 

Hanya dalam sehari, lebih ratusan orang telah menyertai dengan membuat tatu logo dominos dan share kan di social media, seterusnya mendapat sijil pizza percuma mereka. Pada hari yang sama juga, pihak Dominos terus menukarkan ciapan mereka di Facebook dengan mengatakan hanya 350 orang yang pertama sahaja yang layak untuk mendapat tawaran ini. Mereka juga menyatakan hanya tatu yang bersaiz panjang sekurang-kurangnya 2cm sahaja yang diterima dan tidak kisah sama ada berwarna mengikut logo mereka ataupun hitam putih.

Dengan sambutan yang luar biasa, mereka terus memberhentikan promosi ini pada tarikh 10 September dengan menyatakan bahawa kuota 350 orang telah cukup. 




Sesuatu yang diluar jangkaan mereka kerana sebelum ini mereka merancang promosi ini akan berlangsung selama 2 bulan tetapi sebaliknya yang berlaku. Rakyat Rusia hanya memerlukan tempoh kurang 2 minggu sahaja untuk memenuhi kuota mereka itu 😅

Apa yang menariknya dalam tempoh promosi ini, kebanyakan kedai tatu di Rusia telah dipenuhi dengan pelanggan mereka yang ingin mendapatkan tatu logo Dominos di tubuh mereka. Dengan itu terhasillah berbagai idea dari artis tatu ini untuk dapatkan tatu yang lebih simbolik dan lain dari yang lain

 

Tawaran promosi yang dilancarkan oleh Dominos Rusia ini membuktikan cabaran ini terlalu mudah bagi orang Rusia. Hanya 3 langkah dan anda akan dapat pizza selama 100 tahun, siapa yang taknakkan. 

Walaupun ia tersebar viral dengan begitu pantas melalui media sosial mempromosikan logo mereka, tetapi dalam masa yang sama ia boleh melibatkan kerugian yang besar jika hampir semua orang ada tatu dominos di tubuh mereka. Mungkin mereka lupa untuk letak syarat kuota sebelum memulakan promosi ini.

Promosi ini boleh dijadikan pelajaran & pengajaran untuk Dominos bahawa orang Rusia memang pantang dicabar. Ia umpama anda mencabar Khabib untuk bergusti, memang siaplah anda. 


Catat Ulasan

0 Ulasan